IPOH: Suspek kes langgar lari yang menyebabkan dua beradik maut ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar, berhampiran Taman Desa Salak, Sungai Siput, semalam, direman empat hari sehingga Selasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohamad Khaizam Ahmad Shahabudin yang mengesahkan perkara itu berkata, proses reman dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini.
Terdahulu, kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi dan suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman pada jam 10.30 pagi.
Suspek yang berpakaian serba hitam itu kemudiannya dibawa keluar kira-kira jam 10.50 pagi.
Semalam, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran dengan simpang Taman Desa Salak, kira-kira jam 7.12 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Zuhal Norazlan, 17 tahun, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohamad Khaizam berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh memasuki simpang kanan secara mengejut, menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal Honda EX5 mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Polis berjaya menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50-an berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun.
Menurut Mohamad Khaizam, suspek yang bekerja sebagai kontraktor telah ditahan dan ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif.
Polis juga telah mengambil sampel darah suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut di samping merampas kenderaan yang digunakan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 06 2024
Suspek (berpakaian serba hitam) dibawa keluar dari bilik untuk proses reman di IPD Ipoh pada kira-kira jam 10.50 pagi. - Foto Astro AWANI
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan
Lelaki berusia 50-an itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun sekitar jam 1.20 petang.
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.
Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok
Tiada sebarang perincian lanjut diberikan mengenai seksyen atau akta pertuduhan yang akan dikemukakan.
Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis
Lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah.
Pukul hingga mati pemandu didakwa langgar lari, 5 ditahan
Sebuah kereta Proton Saga terbabas setelah melanggar pagar kawasan perumahan tersebut manakala pemandu kenderaan itu terbaring di atas jalan dengan kedua-dua tangannya diikat.
Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar dua kali ketika bertugas
Kejadian langgar lari terhadap anggota berumur 34 tahun itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam.
Calon SPM maut langgar lari, pegawai kanan polis ditahan
Pegawai polis berkenaan dari Kontinjen Kedah dan akan direman hari ini.
Lelaki maut pecah kepala dalam kejadian langgar lari
Setakat ini identiti penunggang motosikal terbabit belum diketahui disebabkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi.